Cashier

Skop kerja bagi seorang Juruwang merangkumi aktiviti pengendalian transaksi jualan dan wang tunai di kedai atau premis perniagaan. Bertanggungjawab untuk menerima bayaran, mengira dan memberikan wang kembali kepada pelanggan, menyimpan rekod transaksi, dan mengekalkan kebersihan dan kekemasan kawasan kaunter tunai dan stok. Selain itu, melaksanakan tugas tambahan seperti membantu dalam pengiraan stok dan membantu pelanggan dalam urusan jual beli dan sebagainya. Pekerjaan ini memerlukan komunikasi yang baik, kecekapan dalam mengendalikan wang tunai, dan berupaya bekerja dalam suasana yang sibuk dan bergerak pantas.



  • Sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  • Umur antara 18 hingga 30 tahun.
  • Mahir menggunakan sistem cashier dan perisian berkaitan transaksi, serta mengendalikan pembayaran elektronik.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi interpersonal yang baik
  • Kemahiran dan keupayaan untuk mengira dengan tepat dan pantas semasa berurusan dengan transaksi wang tunai.
  • Berpengetahuan dalam bidang jualan adalah satu kelebihan
  • Boleh berkerja mengikut shiff dan berdiri
  • Boleh bekerja dibawah tekanan dan pengawasan yang minima
  • Mempunyai lesen dan kenderaan untuk bergerak ke cawangan lain sekiranya diperlukan untuk bekerja di cawangan lain.

Apply Job Application